Tajuk Buku Ketiga: Love Without Losing Yourself
Dapatkan sekarang di sini:
Tajuk Buku Kedua: Redah Saja, Allah Ada
**sold out**
Naskhah
REDAH SAJA ALLAH ADA ini merupakan
sebuah kompilasi pengalaman yang ditulis di media sosial dan dibukukan untuk membina kekuatan, untuk menyemai
benih kebaikan, untuk menyebar kasih sayang dan akhirnya kembali mengukir
senyuman.
Kerana
sandaran kita hanya pada Allah SWT, bukan pada manusia.
Petikan mukasurat Penghargaan:
Buat Abe
yang Zura kasihi di dunia dan di akhirat,
Naskah
ini adalah hasil dari pengalaman pahit manis yang Zura kutip sepanjang Zura
bersama Abe ketika kita susah dan senang, ketika Abe sihat dan sakit seperti
sekarang. Pejam celik sudah 9 tahun rupanya Zura menjaga Abe semenjak kali
pertama Abe sakit. Tidak pernah luntur sedikit pun kasih Zura pada Abe walau Abe
kini tidak berupaya dan kadangkala lupa Zura ini siapa. Zura takkan sama sekali
jemu menunggu Abe kembali pulih seperti kali pertama kita berjumpa. Akad yang
kita pegang bukan hanya untuk ketika senang dan sihat sahaja. Zura dan
anak-anak tetap akan tunggu dan terus berusaha semampunya. Jika tiada peluang
di dunia, moga Allah swt beri peluang di syurga. Terima kasih Abe di atas
pengalaman paling mahal ini. Pengalaman yang benar-benar mengajar bahawa
sandaran kita bukan pada manusia tetapi hanya padaNya.
Terima kasih
buat anak-anak yang dikasihi, Irfan, Irdina, Irsyad dan Isyraf kerana sentiasa
menjadi tulang belakang Ibu. Perjalanan yang kita tempuhi ini juga adalah jalan
bonus yang Allah SWT beri pada kalian untuk matang sebelum usia dan faham erti
kasih sayang sejati.
Mak,
Abah, Ayah dan Chik yang dikasihi, adik-adik yang sentiasa bersama Akak (Acik, Qodri, Ayi, Una dan
Adik),
rakan-rakan seperjuangan (alumni SMKAK, alumni UTM, rakan- rakan NGO
Wargakilang, rakan-rakan NGO HATI, rakan-rakan penjaga Group Info Strok & Lumpuh,
rakan-rakan sejawat Intel, rakan-rakan Fuji
Eletric) dan rakan-rakan pembaca yang tidak jemu memberi sokongan material dan
moral, terima kasih tidak terhingga buat kalian kerana sentiasa ada untuk kami
sekeluarga. Pahala yang mengalir dari naskhah ini juga adalah saham kalian.
Terima
kasih! Hanya Allah swt yang dapat membalasnya.
Didoakan
ada manfaatnya.
- OUT OF STOCK -
Tajuk Buku Pertama: Bekerja & Berniaga : Panduan Kejayaan Untuk Suri
**masih ada**
![]() |
Setiap kali stress dengan kerja di pejabat terutamanya dengan bos atau rakan sepejabat, ditambah lagi dengan kerja di rumah yang tidak pernah habis, apa yang bermain di fikiran mak mak ialah NAK BERHENTI KERJA. Kita pun mula berangan:
💋 ‘Seronoknya kalau boleh berhenti kerja, kemudian berniaga.’
💋 ‘Kerja sendiri ada masa lebih.’
💋 ‘Syoknya kalau boleh berhenti kerja, balik duduk di kampung. Tenang fikiran.’
Tapi yakin kah kita apabila berhenti kerja nanti bisnes yang kita nak buka itu berjalan lancar? Setakat diri sendiri tak apalah. Sebulan dua oklah. Kalau dah nak kena tanggung mak, abah, adik-adik yang masih belajar dan juga anak-anak sendiri macam mana pula? Loan kereta, rumah, bil? Dibuatnya tak menjadi.
Huh! Berat juga.
Huh! Berat juga.
Bekerja sendiri ini kita sudah tiada autoriti. Dulu kita bos, anak buah ikut saja cakap kita. Apabila dah bekerja sendiri situasi sudah berbeza. Kalau berniaga kecil-kecil atau kerja sendiri (macam saya :)) kitalah CEOE @ Chief Executive Of Everything. Adalah juga perkataan CEO tu...hehehe.
Sebab itu kalau ada perancangan MAHU BERHENTI KERJA bagi geng mak mak yang ada tanggungan ni, the best kita mulalah dulu pelan-pelan, slow and steady waktu kita masih bekerja.
Kita warm-up dulu. Terus nak bermarathon kejang urat pula nanti.
Kita warm-up dulu. Terus nak bermarathon kejang urat pula nanti.
Cuba kita renungkan:
Ha! Macam tu lah ceritanya serba sidikit.
Nak lebih lagi boleh dapat dalam buku ni, insyaAllah. Untuk testimoni dan artikel berkaitan boleh ke FB Page buku ini iaitu: https://www.facebook.com/suribekerjaberniaga/
Harga Asal RM39.90.
Harga Diskaun RM20.00 sahaja.
Pos RM7.00.
Pos RM7.00.
, whatsapp hanya tekan link:
Terima kasih








No comments:
Post a Comment